Masih Adakah Yang Sayang?

 
Adik Muhammad Nur Ifran Abd Sukor yang kini berumur 3 tahun, mengidap masalah jantung dan penglihatan sedari lahir dan dijadualkan menjalani pembedahan pintasan (bypass) pada 07 Ramadhan 1433H (27 Julai 2012) di IJN. Ibunya tidak bekerja (suri rumah sepenuh masa) sementara ayahnya en. Abd Sukor bekerja sebagai pemandu lori. Anggaran kos rawatan perubatan adalah sebanyak RM35,000 tidak termasuk kos perbelanjaan berulang alik dari Muar ke IJN. Sempena kedatangan bulan mulia Ramadhan AlMubarak ini marilah kita memberi sedikit sumbangan buat mereka yang memerlukan. Semoga sumbangan sdra/sdri akan memberi sedikit cahaya kegembiraan buat adik Muhammad Nur Irfan, dan semoga dilipahi Allah dengan sebaik-baik ganjaran. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank Pn WAHIEDAH BT ABD WAHID 1510 4388 0236. Selepas bank-in sila maklumkan di talian 017-7399972 

Chef Cilik 1/2012


Program masakan "Chef Cilik" untuk IKRAM Junior anjuran Wanita IKRAM Muar pada 8 Julai 2012. Lihat album di sini.

Ceramah Semarak Ramadhan "Bulan Ramadhan Bulan Taqwa"

Ceramah Semarak Ramadhan "Bulan Ramadhan Bulan Taqwa" telah disampaikan oleh Ustaz Roslan Mohamed (Pensyarah Kanan Universiti Malaya, panel Al-Kuliyyah TV3, panel Tanyalah Ustaz TV9) pada 1 Julai 2012 (Ahad) bermula jam 7.30 malam bertempat di Masjid Jamek Al-Amin Bukit Kangkar, Ledang. Klik di sini untuk lihat album.

Sukan Tadika IMAN 2012

Tahniah kepada IMAN ELC yang berjaya mengadakan Sukan Tadika Iman pada 24 Jun 2012 jam 8 pagi di padang SM Sains Muar..Lihat album di sini.

Ceramah Semarak Ramadhan 1433H "Bulan Ramadhan Bulan Taqwa"

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Pertubuhan IKRAM Malaysia Daerah Muar/Ledang
dengan kerjasama
Masjid Jamek Al-Amin Bukit Kangkar
akan menganjurkan program

Ceramah Semarak Ramadhan 1433H
"Bulan Ramadhan Bulan Taqwa"

yang akan disampaikan oleh
Ustaz Roslan Mohamed
(Pensyarah Kanan Universiti Malaya, panel Al-Kuliyyah TV3, panel Tanyalah Ustaz TV9)

pada 1 Julai 2012 (Ahad)
bermula jam 7.30 malam
bertempat di Masjid Jamek Al-Amin Bukit Kangkar, Ledang

Semua dijemput hadir

Ayuh datang beramai-ramai!!!

Sebarang pertanyaan sila hubungi
Ustaz Azam Al-Kankari
017-6228528

Katibah Akhawat [21 JUN 2012]

Katibah Akhawat di pejabat IKRAM Muar pada 21 Jun 2012 - Puan Normah Parimun sedang memberi pengisian ruhi yang dipetik daripada buku 'Bahtera Penyelamat'.

Jom Jadi Ahli IKRAMTeens Daerah Muar!!!

Masih belum menjadi ahli IKRAMTeens? Berminat? Jangan lepaskan peluang ini!!! Dapatkan borang keahlian di FB kami dan hantar kepada PIC IKRAMTeens Daerah Muar iaitu Abg Azam al-Kankari atau Kak Fiza beserta tandatangan penjaga dan bayaran RM5.00 sahaja. Banyak keistimewaan menanti anda :)

Salam Takziah

10 Jun, Cikgu Abdullah bersama isteri menziarahi keluarga mertua Akh Hj.Ibrahim (Ahli IKRAM Sarawak) kerana ibu mertuanya meninggal dunia di Tangkak pagi tadi...Moga Allah rahmati Roh Almarhumah dan Salam Takziah daripada IKRAM Muar..

Post Mortem Karnival Mesra IKRAM (KAMI)

Pada 9 Jun 2012, jam 9 malam telah diadakan mesyuarat Post Mortem Karnival Mesra IKRAM (KAMI) bersama orang asli anjuran JK Dakwah IKRAM Muar yang telah diadakan pada hari ini....Moga Allah permudahkan...

Mesyuarat IKRAM Media Muar [9 Jun 2012]


Mesyuarat IKRAM Media Muar dipengerusikan oleh Akh Azmi di Pejabat IKRAM Muar 
pada 9 Jun 2012

Mesyuarat JK Pemuda Ikram Muar [9 Jun 2012]


Mesyuarat JK Pemuda Muar kali pertama telah diadakan pada 9 Jun 2012 
bertempat di Pejabat IKRAM Muar


Media 4D (Media For Dakwah) [7 Jun 2012]

IKRAMedia dan IKRAMTeens Daerah Muar telah menganjurkan program Media 4D (Media For Dakwah) pada 7 Jun 2012 (Khamis) bertempat di Pejabat JIM Daerah Muar. Seramai 16 orang telah menyertai program ini. Para peserta telah didedahkan dengan pelbagai tips dan tricks berkaitan komputer, internet, blogging dan photoshop dari para pengendali yang terdiri dari UmiCu (Sazira Aziz), AyahCu (Anuar Othman), Abg Fahmi dan SHE (Kak Fiza).
Lihat album, sila klik.

MyKEM IKRAM Junior [2-3 Jun 2012]

[SHE] Sempena cuti sekolah kali ini, Wanita IKRAM Daerah Muar akan menganjurkan program MyKEM IKRAM Junior!!! Butiran program seperti berikut: Tarikh : 2-3 Jun 2012 (Sabtu & Ahad) Masa : 8.00 pagi (Sabtu - pendaftaran) Lokasi : Jabatan Pertanian Sg. Sudah Yuran : RM 10 sahaja!!! Berminat??? Hubungi Makcik Jamilah 019-7554027 atau Kak Syairah 017-6065472 Terbuka kepada kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun sahaja!!! Keperluan yang perlu dibawa : pakaian yang secukupnya untuk 2 hari, berkasut, keperluan diri, ubat-ubatan peribadi & khemah Jom, isi masa cuti sekolah adik-adik dengan aktiviti yang berfaedah!!!

BENGKEL KEPEMIMPINAN REMAJA SIRI 1 [23 Mei 2012]

23 Mei, Bengkel Kepimpinan Remaja siri 1 anjuran JK Pemuda IKRAM Muar...Moga Allah Permudahkan segala-galanya..








Ikramedia Muar

MAJLIS PENJAUHAN SUKMA 3 [21 MEI 2012]



Alhamdulillah, pada 21 Mei 2012 telah diadakan Majlis Penjauhan (sebab ada yang request tak nak guna 'perpisahan') SukMa 3 bertempat di Pejabat IKRAM Daerah Muar. Majlis ini diadakan bagi meraikan adik-adik SukMa 3 yang bakal melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTS. Amanat/taujihat turut diberikan oleh akhi YDP IKRAM Daerah Muar, Cikgu Abdullah Sahid. Moga urusan adik-adik ini dipermudahkan dan terus menyerlah jauh daripada biasa. Sedikit pesanan, pelajaran itu No.1, tetapi dakwah & tarbiah bukan No.2. ^^Lihat album klik di sini.


Ikramedia Muar

KARNIVAL MESRA IKRAM (KAMI) [20 MEI 2012]


Alhamdulillah pada 20 Mei 2012 (Ahad), IKRAM Daerah Muar bersama Jabatan Pergigian Daerah Muar telah mengadakan Karnival Mesra di Tanah Adat, Kg. Orang Asli Tambak Dapur, Pagoh. Seramai hampir 30 orang daripada IKRAM Muar turut serta dalam program ini. Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan ialah pemeriksaan, ceramah dan pameran pergigian, pemeriksaan kesihatan & perkhidmatan farmasi, sukaneka kanak-kanak & explorace Remaja/Belia. Program ini bermula seawal jam 8.30 pagi hingga jam 2 petang. Syabas kepada penyelaras program..!!
Untuk lihat koleksi foto aktiviti sila klik di sini.

Ikramedia Muar

FUTSAL TERBUKA BAKRI [19 MEI 2012]

Pada 19 Mei yang lepas, Pemuda IKRAM telah menghantar satu team IKRAM FC ke perlawanan Futsal Terbuka Bakri, Muar.. Syukur Alhamdulillah.. Tahniah di atas penyertaan...!!










Ikramedia Muar

KARNIVAL MESRA [JOM JAGA GIGI]

[SHE] Assalamualaikum w.b.t.
IKRAM Daerah Muar dengan kerjasama Jabatan Pergigian Daerah Muar akan menganjurkan Karnival Mesra bertemakan "Jom Jaga Gigi" bertempat di Perkampungan Orang Asli Tambak Dapur, Pagoh pada 20hb Mei 2012 (Ahad) bermula jam 8.00 pagi hingga jam 4.00 petang. 

Antara aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan ialah:
- Pemeriksaan, ceramah dan pameran pergigian
- Pemeriksaan kesihatan & perkhidmatan farmasi
- Sukaneka kanak-kanak
- Explorace Remaja/Belia

Mohon doa dari semua agar segala urusan dipermudahkanNya
.

IkraMedia Muar

MESYUARAT KARNIVAL MESRA IKRAM(KAMI)

Pada 13 Mei,jam 3 petang JK Dakwah bermesyuarat gerak kerja untuk program KARNIVAL MESRA IKRAM(KAMI) bersama Orang Asli pada 20 Mei akan datang. Mesyuarat yang akan direncanakan ini berlangsung di Pejabat IKRAM Daerah Muar..Moga Allah Permudahkan segala-galanya..


Ikramedia Muar

Mesyuarat JK Pemuda IKRAM Daerah Muar [12 Mei 2012]

[SHE] Mesyuarat JK Pemuda IKRAM Daerah Muar telah selesai diadakan sebentar tadi bertempat di Pejabat IKRAM Daerah Muar. Moga usaha-usaha menggerakkan remaja dan belia di Muar akan dipermudahkan dengan perlantikan barisan penggerak yang baru! Insyaallah..


Ikramedia Muar

JELAJAH KE TAMPAK DAPO [11 MEI 2012]

Pada 11 Mei 2012, JK Dakwah IKRAM Daerah Muar telah membuat tinjauan awal ke Perkampungan Orang Asli Suku Jakun di Kampung Tambak Dapo, Pagoh. Tinjauan di buat adalah untuk berprogram bersama Orang Asli tersebut pada 20 Mei 2012 anjuran bersama JK Dakwah & Wanita IKRAM Daerah Muar bersama dengan Klinik Pergigian Daerah Muar. Moga Allah Permudahkan segala-galanya...
Lihat Album.


Ikramedia Muar

Jaulah Ukhwah IKRAMTeens


Jaulah Ukhwah IKRAMTeens ke Putrajaya,slot perkongsian bersama tokoh ikhwah Putrajaya akh Zainuddin dan akh Dr.abd Halim..Peserta jaulah sedang khusyuk mendengar penyampaian tersebut...:-)





Ikramedia Muar

Daurah Al-Furqan


Daurah Al-Furqan bersama Ust. Mohd Fauzi Muhammad (Guru Kanan SMK Bandar Putra, Segamat) akan diadakan pada hari Sabtu, 5 Mei 2012 bertempat di Pejabat IKRAM Daerah Muar, PADA JAM 9.30 PAGI. Ayuh kita semarakkan majlis ilmu dengan hadir beramai-ramai. Tiada bayaran dikenakan.


"Menuntut ilmu itu wajib ke atas setiap Muslim" - hadith.











Ikramedia Muar

Muktamar Kepemimpinan Belia Islam Malaysia 2012 (MUKIM 2012)

IKRAM Muar telah menghantar 15 orang wakil ke Muktamar Kepemimpinan Belia Islam Malaysia 2012 (MUKIM 2012) pada 5 Mei 2012. Program anjuran bersama WAMY Malaysia, Jabatan Pengajian Tinggi, JAWI dan IKRAM. Moga dakwah dan tarbiyah di Muar akan lebih bersemarak lagi dengan pelbagai warna aktiviti untuk ahli IKRAM dan masyarakat.

Ikramedia Muar


PROGRAM EXPLORACE AULAD [1 MEI 2012]


Program eskplorace Aulad telah berjaya dilaksanakan pada 1 Mei 2012 di  Taman Rekreasi Tanjung, Muar. Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang program. Syabas kepada fasilitator dan adik-adik pe serta yang begitu teruja menyertainya. Untuk lihat foto lain sila klik Album.