Masih Adakah Yang Sayang?
Adik Muhammad Nur Ifran Abd Sukor yang kini berumur 3 tahun, mengidap masalah jantung dan penglihatan sedari lahir dan dijadualkan menjalani pembedahan pintasan (bypass) pada 07 Ramadhan 1433H (27 Julai 2012) di IJN. Ibunya tidak bekerja (suri rumah sepenuh masa) sementara ayahnya en. Abd Sukor bekerja sebagai pemandu lori. Anggaran kos rawatan perubatan adalah sebanyak RM35,000 tidak termasuk kos perbelanjaan berulang alik dari Muar ke IJN. Sempena kedatangan bulan mulia Ramadhan AlMubarak ini marilah kita memberi sedikit sumbangan buat mereka yang memerlukan. Semoga sumbangan sdra/sdri akan memberi sedikit cahaya kegembiraan buat adik Muhammad Nur Irfan, dan semoga dilipahi Allah dengan sebaik-baik ganjaran. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank Pn WAHIEDAH BT ABD WAHID 1510 4388 0236. Selepas bank-in sila maklumkan di talian 017-7399972