Kenyataan Media
Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia
7 Oktober 2010 / 28 Syawal 1431HGEJALA ZINA DAN PENDIDIKAN SEKSUALITI
1.0 Pertubuhan Wanita IKRAM Malaysia memandang serius ke atas pergaulan bebas dan gejala zina yang begitu membarah di kalangan masyarakat kebelakangan ini mengakibatkan meningkatnya kes-kes pembuangan bayi yang tidak berdosa. Perbincangan yang di paparkan di dada-dada akhbar pula tidak menampakan langkah penyelesaian yang menjurus kepada penyelesaian masalah ini ke peringkat akar umbi.2.0 Tanpa menafikan kepentingan usaha-usaha bagi menyelamatkan pembuangan bayi yang tidak berdosa diteruskan, Wanita IKRAM Malaysia menyeru supaya langkah penyelesaian yang lebih holistik dilaksanakan dengan meningkatkan usaha mencegah zina. Masyarakat perlu kembali mengamalkan cara hidup berpandukan ajaran agama masing-masing. Bagi umat Islam tiada pilihan lain kecuali kembali sepenuhnya kepada ajaran Islam berpandukan al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.3.0 Pengajaran pendidikan seksualiti pula dilihat sebagai salah satu dari langkah pencegahan. Ianya juga adalah merupakan komponen yang ditekankan di dalam sistem pendidikan Islam. Adalah amat penting bagi pihak penggubal dasar dan pelaksana memahami konsep dan objektif pendidikan seksualiti yang hendak dilaksanakan agar kerangka dan hala tuju pelaksanaanya dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan tidak tersasar dari landasan agama.4.0 Wanita IKRAM mencadangkan agar pendidikan seksualiti yang hendak dilaksanakan perlu berupaya mencegah gejala zina. Ia hendaklah berjaya mencapai objektif-objektif berikut:(i). Pendekatan yang menyeluruh, melibatkan 5 dimensi - biologikal, intelektual, emosi, sosial dan spiritual. Pendidikan yang hanya menekankan aspek biologikal tanpa input tentang nilai agama dan moral akan gagal membina jati diri anak-anak kita dan seterusnya gagal mengawal gejala zina yang dihadapi pada masa kini;(ii) Pendidikan seksualiti perlu sentiasa dikaitkan dengan persoalan akidah, akhlak, tingkah laku mulia, menjauhi kemungkaran dan tidak mendatangkan kemudaratan kepada orang lain;(iii) Pendidikan seksualiti yang disampaikan perlu mampu mengeluarkan generasi muda dari segala bentuk kecelaruan yang akan menimbulkan masalah yang perlu ditanggung oleh semua anggota masyarakat kemudian kelak. Mereka perlu difahamkan dengan gaya hidup seksual yang selaras dengan nilai dan garis hidup yang ditetapkan oleh Islam; dan(iv) Kandungan pengisian pendidikan seksualiti mestilah mampu menjurus anak-anak yang dididik ke arah memahami diri sendiri dan seterusnya membawa mereka kepada mengenali serta patuh kepada Allah swt sebagai Tuhan mereka.Jelas sekali bahawa bentuk pelajaran dan pengajaran pendidikan seksualiti yang disarankan adalah jauh berbeza dari apa yang dilaksanakan di Negara Barat.5.0 Seterusnya pihak kerajaan juga digesa untuk merangka satu pelan tindakan yang bersepadu bagi membendung pergaulan bebas dan gejala zina di negara ini. Pelan tindakan ini perlu berupaya melahirkan usaha yang melibatkan setiap individu masyarakat untuk bertindak. Pelan Tindakan ini perlu menekankan perkara-perkara berikut:(i) Usaha bersungguh-sungguh semua pihak dengan tegas menutup semua ruang yang boleh menggalakkan zina. Penerbitan dan pengedaran majalah, komik, video, filem dan seumpamya yang berbentuk lucah serta kemasukkan filem-filem yang mempaparkan gaya hidup pergaulan dan seks bebas perlu dihentikan. Tingkatkan kawalan ke atas pusat-pusat hiburan, penganjuran konsert dan aktiviti yang menggalakkan pergaulan bebas di luar batasan syarak dan adat. Usaha pencegahan maksiat perlu diperkasakan.(ii) Usaha membina jati diri generasi muda bagi mengembalikan mereka kepada kehidupan seimbang yang tidak hanya mementingkan materialistik, keseronokan semata-mata perlu menjadi agenda penting pembangunan negara.(iii) Peranan pihak media dalam mempromosi dan menerapkan nilai-nilai murni dan kehidupan beragama yang mementingkan penjagaan maruah diri dalam setiap tindak tanduk yang dilakukan.(iv) Kedudukan wanita dan anak gadis yang sering kali menjadi mangsa kepada pergaulan bebas dan gejala zina perlu dikembalikan ke tempatnya yang sebenar. Kaum wanita perlu terus disedarkan dan diperkasakan untuk menjaga kehormatan, maruah dan harga diri mereka agar mereka dimuliakan dan tidak jatuh ke martabat yang hina seperti di zaman jahiliah dahulu.(v) Melaksanakan kempen besar-besaran bagi membendung pergaulan bebas dan gejala zina ke akar umbi. Masyarakat perlu ditaman dengan sikap bahawa zina adalah satu perbuatan yang keji dan membenci perbuatan zina yang merosakan nasab keturunan.(vi) Institusi keluarga perlu diperkukuhkan bagi mengutamakan tanggungjawab yang lebih mencabar dalam mendidik generasi yang akan datang.USTAZAH MAZNAH DAUD
KETUA WANITA PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIAKenyataan ini disokong oleh:
1. WANITA PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA (JIM)
2. PERTUBUHAN MAWADDAH MALAYSIA
3. RAUDHATUS SAKINAH BHD
___________________________________________________________________________________________________________________________
Kenyataan Media
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
25 September 2010 / 17 Syawal 1431BANYAK TANDA TANYA PENAHANAN ZUNAR
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) memandang serius mengenai penangkapan dan penahanan kartunis terkenal Zulkiflee Anwar Ulhaque atau Zunar di bawah Akta Hasutan.IKRAM pada dasarnya bersetuju dengan keperluan untuk melindungi masyarakat awam daripada diperdaya dengan laporan dan pengkhabaran palsu yang mencetuskan huru-hara di kalangan rakyat. Namun, tindakan keras yang diambil pihak polis dalam menahan Zunar menimbulkan pelbagai persoalan yang perlu dijelaskan demi mengekalkan kepercayaan masyarakat akan ketelusan dan keterbukaan kerajaan dalam menerima sebarang maklumbalas daripada masyarakat mengenai perlaksanaan amanah dan tanggungjawab kerajaan.Antara persoalan yang wajar dijelaskan ialah mengapa kebebasan bersatira untuk memperbaiki dasar pentadbiran awam diwar-warkan sebagai hasutan. Satira merupakan salah satu kaedah kritikan berlapik yang diterima pakai sejak zaman belum merdeka lagi dan digunakan oleh ramai pejuang kemerdekaan seperti Pak Sako dan Pendeta Za’ba.Karya kartun semasa Zunar tidak tersiar di mana-mana akhbar atau makalah, dan buku-buku yang dijual pula sukar untuk didapati di toko-toko buku utama. Namun, kenyataaan bersifat perkauman seorang pengetua sekolah yang sudah lama diwar-warkan dalam media arus perdana tidak pula mengundang apa-apa tindakan undang-undang. Malah pemimpin nombor dua negara pun mengaku apa-apa tindakan terhadap pencetus insiden yang mencalar maruah kaum minoriti itu bukan di bawah bidang kuasanya.Bagaimana satira politik boleh dianggap lebih berbahaya daripada isu perkauman, sehingga perlunya Zunar dihantar ke beberapa lokap berturut-turut sebelum ditahan di bawah Akta Hasutan, sedangkan Akta Hasutan digubal untuk mengelakkan pemberontakan besar-besaran melalui cara-cara yang bercanggah dengan perlembagaan negara seperti tindakan subversif gerila komunis pada awal kemerdekaan Malaysia.IKRAM mengesyorkan mana-mana institusi atau badan kerajaan yang terkesan dengan sebaran awam yang dianggap palsu dan berunsur fitnah dalam media bebas seperti forum atau blog di internet supaya tampil proaktif dalam memberikan penjelasan yang bernas terhadap isu-isu yang dibahaskan. Tindakan menggertak dan menangkap para pengkritik dasar kerajaan dan menuduh mereka di bawah Akta Hasutan hanya akan menambahkan kesangsian rakyat terhadap keikhlasan kerajaan untuk mengekalkan kebebasan bersuara sebagai salah satu hak yang wajar dinikmati rakyat.Kerajaan perlu menyedari tingginya bercambahnya masyarakat Malaysia melalui media bebas seperti blog adalah berpunca dari kelemahan arus media perdana yang dilihat sebagai tidak objektif dalam menyebarkan berita serta gagal dalam meraikan kepelbagaian pendapat semasa segenap lapisan masyarakat yang berbeza falsafah politik dan kepercayaan. IKRAM menggesa pihak berkuasa untuk membebaskan Zunar dengan serta merta agar keyakinan rakyat terhadap keterbukaan kerajaan dalam penerimaan kritikan awam demi penambahbaikan pentadbiran dan pengurusan negara dapat dikekalkan. Sekiranya ditahan maka prosidur penahanan dipatuhi dan hak peguam perlu diberikan kepada Zunar. Sebarang tindakan intimidasi dan tekanan harus dihentikan.Syed Ibrahim Syed Noh
Naib Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
___________________________________________________________________________________________________________________________
Kenyataan Media
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
30 Jun 2010 / 17 Rejab 1431PERBEZAAN PENDAPAT HARUS DITANGANI SECARA ILMIAH BUKAN DENGAN MELABEL
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) memandang serius isu yang dibangkitkan akhir-akhir ini mengenai kaitan di antara apa yang dilabel sebagai fahaman Wahabi dengan kumpulan pengganas serta yang mengaitkan pula beberapa tokoh dan NGO Islam dengannya. Sebagai sebuah organisasi Islam, IKRAM berpegang kepada jalan damai dalam mencapai matlamat dan visi Islam serta melakukan aktiviti mengikut lunas undang-undang yang sah.IKRAM menganggap perbezaan pandangan dengan kumpulan fahaman Wahabi perlu ditangani menurut adab dan akhlak berbeza pendapat dalam Islam. Perbezaan pendapat harus ditangani dengan bijaksana melalui diskusi dan wacana ilmiah, sebaik-baiknya secara tertutup, dan bukan dengan perantaraan media. Usaha untuk mengaitkan perbezaan pendapat dengan memberi label adalah sesuatu yang tidak sihat, apatah lagi mengaitkan perbezaan ini dengan keganasan. Sebarang dakwaan yang dibuat perlu disokong dengan bukti yang kukuh bagi membolehkan bukti itu dinilai, yang terdakwa mengemukakan hujah balas dan dengan itu penganiayaan dan kezaliman terhindar.
Aktiviti keganasan tidak wajar dikaitkan dengan mana-mana aliran, kerana yang terlibat terdiri daripada pengikut pelbagai aliran. Mereka lahir daripada salah-faham terhadap Islam dan perjuangannya. IKRAM menyarankan pihak polis bertindak secara profesional, tidak memihak dan adil agar kepentingan negara dan setiap orang rakyatnya terjaga.Umat perlu kembali kepada prinsip perbezaan pendapat, sesuatu yang mengkayakan kita, selagi kita mengamalkannya dengan baik. Semua pihak hendaklah bergerak kehadapan membina negara Malaysia yang harmoni, maju dan makmur serta saling bekerjasama membangun kehidupan masyarakat agar sejahtera dan maju.
Dr. Mohd Parid Sheikh Haji Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)___________________________________________________________________________________________________________________________Kenyataan Media
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
30 Jun 2010 / 17 Rejab 1431IKRAM BERSEDIA MENYUMBANG BAGI MEMBANGUNKAN SISTEM PENTAKSIRAN PELAJAR YANG LEBIH MENYELURUH
IKRAM adalah sebuah NGO Islam yang menaungi rangkaian 34 buah sekolah-sekolah menengah dan rendah yang mengambil pendekatan pendidikan secara holistik, bersepadu dan berteraskan aqidah Islam. Sekolah-sekolah ini telah beroperasi sejak tahun 1985 dan pada tahun 2000 disejajarkan di bawah Pusat Pendidikan SRI SMI Berhad (MUSLEH). MUSLEH kini bergabung dengan/di bawah IKRAM menjadikan IKRAM kini menaungi lebih 14,000 orang murid, 1,100 orang pendidik dan 20,000 orang ibubapa di seluruh negara.2. Matlamat Pendidikan IKRAM, adalah untuk “memperkasa pendidikan Islam ke arah menjana generasi rabbani (yang diredhai Allah)”.3. MUSLEH telah membina satu sistem pentaksiran yang holistik dan bersepadu bagi menilai dan meningkatkan pencapaian prestasi pelajar secara berterusan di sekolah secara lebih menyeluruh dan seimbang. Sistem tersebut dinamakan Sistem Pentaksiran Pelajar MUSLEH (SPPM).
4. IKRAM mengambil maklum akan cadangan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk memansuhkan peperiksaan UPSR dan PMR dan mengalu-alukan hasrat Kementerian untuk mendapatkan maklum balas daripada semua pihak.5. IKRAM bersetuju agar semua bentuk penilaian dan pengukuran pencapaian pelajar, sama ada di peringkat pusat mahupun penilaian berasaskan sekolah, termasuk UPSR, PMR dan SPM hendaklah dikaji semula dan diubahsuai, agar semuanya menuju ke arah pencapaian hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).6. IKRAM ingin menyarankan agar:- Kementerian Pendidikan kembali meneliti dan bertindak dengan lebih bersungguh-sungguh untuk mencapai hasrat murni Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) ke arah:
“Memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”
- Sebarang perubahan kepada sistem pentaksiran sedia ada hendaklah dilakukan hanya setelah kajian terperinci dilakukan. Pengalaman yang lalu di mana perubahan-perubahan yang dilakukan secara tergesa-gesa dan tanpa kajian terperinci telah membawa kesan yang amat buruk kepada sistem pendidikan negara.
- Segala keperluan asas dan infrastruktur hendaklah disiapkan dengan sempurna sebelum sebarang perubahan kepada sistem pentaksiran dilakukan.
7. IKRAM bersedia bekerjasama dengan pihak KPM khususnya pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) untuk menggubal satu sistem pentaksiran kebangsaan yang boleh digunapakai untuk mencapai hasrat murni ke arah melahirkan insan seimbang dan harmonis (JERI) seperti yang termaktub dalam FPK.8. IKRAM bersedia untuk:- menjelaskan kepada pihak KPM, khususnya pihak LPM mengenai konsep, falsafah, instrumen dan prosedur SPPM dan membuat kajian untuk mencari suatu mekanisme perlaksanaan yang lebih meluas di sekolah-sekolah kerajaan.
- menjalankan penyelidikan lebih mendalam setelah mendapat maklumbalas daripada perbincangan dengan LPM untuk memurnikan lagi SPPM, agar ia dapat disesuaikan dengan hasrat dan kehendak KPM untuk perlaksanaan pada skala yang lebih besar di seluruh negara.
9. IKRAM percaya jika konsep di atas diterima, maka segala bentuk latihan kepengetuaan dan perguruan, kursus dalam perkhidmatan dan usaha memberi kesedaran awam perlulah dilaksanakan. Dalam hal ini, IKRAM bersedia untuk menyumbang tenaga kepakaran.10. Akhirnya, IKRAM berharap agar isu pendidikan tidak dipolitikkan kerana ia melibatkan masa depan anak-anak dan negara.Moga-moga Allah swt memberkati dan meredhai segala usaha kita demi kemaslahatan negara dan ummah.
Dr. Mohd Parid Sheikh Haji Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)___________________________________________________________________________________________________________________________
Kenyataan Media
Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia
7 Oktober 2010 / 28 Syawal 1431HGEJALA ZINA DAN PENDIDIKAN SEKSUALITI
1.0 Pertubuhan Wanita IKRAM Malaysia memandang serius ke atas pergaulan bebas dan gejala zina yang begitu membarah di kalangan masyarakat kebelakangan ini mengakibatkan meningkatnya kes-kes pembuangan bayi yang tidak berdosa. Perbincangan yang di paparkan di dada-dada akhbar pula tidak menampakan langkah penyelesaian yang menjurus kepada penyelesaian masalah ini ke peringkat akar umbi.2.0 Tanpa menafikan kepentingan usaha-usaha bagi menyelamatkan pembuangan bayi yang tidak berdosa diteruskan, Wanita IKRAM Malaysia menyeru supaya langkah penyelesaian yang lebih holistik dilaksanakan dengan meningkatkan usaha mencegah zina. Masyarakat perlu kembali mengamalkan cara hidup berpandukan ajaran agama masing-masing. Bagi umat Islam tiada pilihan lain kecuali kembali sepenuhnya kepada ajaran Islam berpandukan al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.3.0 Pengajaran pendidikan seksualiti pula dilihat sebagai salah satu dari langkah pencegahan. Ianya juga adalah merupakan komponen yang ditekankan di dalam sistem pendidikan Islam. Adalah amat penting bagi pihak penggubal dasar dan pelaksana memahami konsep dan objektif pendidikan seksualiti yang hendak dilaksanakan agar kerangka dan hala tuju pelaksanaanya dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan tidak tersasar dari landasan agama.4.0 Wanita IKRAM mencadangkan agar pendidikan seksualiti yang hendak dilaksanakan perlu berupaya mencegah gejala zina. Ia hendaklah berjaya mencapai objektif-objektif berikut:(i). Pendekatan yang menyeluruh, melibatkan 5 dimensi - biologikal, intelektual, emosi, sosial dan spiritual. Pendidikan yang hanya menekankan aspek biologikal tanpa input tentang nilai agama dan moral akan gagal membina jati diri anak-anak kita dan seterusnya gagal mengawal gejala zina yang dihadapi pada masa kini;(ii) Pendidikan seksualiti perlu sentiasa dikaitkan dengan persoalan akidah, akhlak, tingkah laku mulia, menjauhi kemungkaran dan tidak mendatangkan kemudaratan kepada orang lain;(iii) Pendidikan seksualiti yang disampaikan perlu mampu mengeluarkan generasi muda dari segala bentuk kecelaruan yang akan menimbulkan masalah yang perlu ditanggung oleh semua anggota masyarakat kemudian kelak. Mereka perlu difahamkan dengan gaya hidup seksual yang selaras dengan nilai dan garis hidup yang ditetapkan oleh Islam; dan(iv) Kandungan pengisian pendidikan seksualiti mestilah mampu menjurus anak-anak yang dididik ke arah memahami diri sendiri dan seterusnya membawa mereka kepada mengenali serta patuh kepada Allah swt sebagai Tuhan mereka.Jelas sekali bahawa bentuk pelajaran dan pengajaran pendidikan seksualiti yang disarankan adalah jauh berbeza dari apa yang dilaksanakan di Negara Barat.5.0 Seterusnya pihak kerajaan juga digesa untuk merangka satu pelan tindakan yang bersepadu bagi membendung pergaulan bebas dan gejala zina di negara ini. Pelan tindakan ini perlu berupaya melahirkan usaha yang melibatkan setiap individu masyarakat untuk bertindak. Pelan Tindakan ini perlu menekankan perkara-perkara berikut:(i) Usaha bersungguh-sungguh semua pihak dengan tegas menutup semua ruang yang boleh menggalakkan zina. Penerbitan dan pengedaran majalah, komik, video, filem dan seumpamya yang berbentuk lucah serta kemasukkan filem-filem yang mempaparkan gaya hidup pergaulan dan seks bebas perlu dihentikan. Tingkatkan kawalan ke atas pusat-pusat hiburan, penganjuran konsert dan aktiviti yang menggalakkan pergaulan bebas di luar batasan syarak dan adat. Usaha pencegahan maksiat perlu diperkasakan.(ii) Usaha membina jati diri generasi muda bagi mengembalikan mereka kepada kehidupan seimbang yang tidak hanya mementingkan materialistik, keseronokan semata-mata perlu menjadi agenda penting pembangunan negara.(iii) Peranan pihak media dalam mempromosi dan menerapkan nilai-nilai murni dan kehidupan beragama yang mementingkan penjagaan maruah diri dalam setiap tindak tanduk yang dilakukan.(iv) Kedudukan wanita dan anak gadis yang sering kali menjadi mangsa kepada pergaulan bebas dan gejala zina perlu dikembalikan ke tempatnya yang sebenar. Kaum wanita perlu terus disedarkan dan diperkasakan untuk menjaga kehormatan, maruah dan harga diri mereka agar mereka dimuliakan dan tidak jatuh ke martabat yang hina seperti di zaman jahiliah dahulu.(v) Melaksanakan kempen besar-besaran bagi membendung pergaulan bebas dan gejala zina ke akar umbi. Masyarakat perlu ditaman dengan sikap bahawa zina adalah satu perbuatan yang keji dan membenci perbuatan zina yang merosakan nasab keturunan.(vi) Institusi keluarga perlu diperkukuhkan bagi mengutamakan tanggungjawab yang lebih mencabar dalam mendidik generasi yang akan datang.USTAZAH MAZNAH DAUD
KETUA WANITA PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIAKenyataan ini disokong oleh:
1. WANITA PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA (JIM)
2. PERTUBUHAN MAWADDAH MALAYSIA
3. RAUDHATUS SAKINAH BHD
Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia
7 Oktober 2010 / 28 Syawal 1431H
KETUA WANITA PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA
1. WANITA PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA (JIM)
2. PERTUBUHAN MAWADDAH MALAYSIA
3. RAUDHATUS SAKINAH BHD
___________________________________________________________________________________________________________________________
Kenyataan Media
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
25 September 2010 / 17 Syawal 1431
BANYAK TANDA TANYA PENAHANAN ZUNAR
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) memandang serius mengenai penangkapan dan penahanan kartunis terkenal Zulkiflee Anwar Ulhaque atau Zunar di bawah Akta Hasutan.
IKRAM pada dasarnya bersetuju dengan keperluan untuk melindungi masyarakat awam daripada diperdaya dengan laporan dan pengkhabaran palsu yang mencetuskan huru-hara di kalangan rakyat. Namun, tindakan keras yang diambil pihak polis dalam menahan Zunar menimbulkan pelbagai persoalan yang perlu dijelaskan demi mengekalkan kepercayaan masyarakat akan ketelusan dan keterbukaan kerajaan dalam menerima sebarang maklumbalas daripada masyarakat mengenai perlaksanaan amanah dan tanggungjawab kerajaan.
Antara persoalan yang wajar dijelaskan ialah mengapa kebebasan bersatira untuk memperbaiki dasar pentadbiran awam diwar-warkan sebagai hasutan. Satira merupakan salah satu kaedah kritikan berlapik yang diterima pakai sejak zaman belum merdeka lagi dan digunakan oleh ramai pejuang kemerdekaan seperti Pak Sako dan Pendeta Za’ba.
Karya kartun semasa Zunar tidak tersiar di mana-mana akhbar atau makalah, dan buku-buku yang dijual pula sukar untuk didapati di toko-toko buku utama. Namun, kenyataaan bersifat perkauman seorang pengetua sekolah yang sudah lama diwar-warkan dalam media arus perdana tidak pula mengundang apa-apa tindakan undang-undang. Malah pemimpin nombor dua negara pun mengaku apa-apa tindakan terhadap pencetus insiden yang mencalar maruah kaum minoriti itu bukan di bawah bidang kuasanya.
Bagaimana satira politik boleh dianggap lebih berbahaya daripada isu perkauman, sehingga perlunya Zunar dihantar ke beberapa lokap berturut-turut sebelum ditahan di bawah Akta Hasutan, sedangkan Akta Hasutan digubal untuk mengelakkan pemberontakan besar-besaran melalui cara-cara yang bercanggah dengan perlembagaan negara seperti tindakan subversif gerila komunis pada awal kemerdekaan Malaysia.
IKRAM mengesyorkan mana-mana institusi atau badan kerajaan yang terkesan dengan sebaran awam yang dianggap palsu dan berunsur fitnah dalam media bebas seperti forum atau blog di internet supaya tampil proaktif dalam memberikan penjelasan yang bernas terhadap isu-isu yang dibahaskan. Tindakan menggertak dan menangkap para pengkritik dasar kerajaan dan menuduh mereka di bawah Akta Hasutan hanya akan menambahkan kesangsian rakyat terhadap keikhlasan kerajaan untuk mengekalkan kebebasan bersuara sebagai salah satu hak yang wajar dinikmati rakyat.
Kerajaan perlu menyedari tingginya bercambahnya masyarakat Malaysia melalui media bebas seperti blog adalah berpunca dari kelemahan arus media perdana yang dilihat sebagai tidak objektif dalam menyebarkan berita serta gagal dalam meraikan kepelbagaian pendapat semasa segenap lapisan masyarakat yang berbeza falsafah politik dan kepercayaan. IKRAM menggesa pihak berkuasa untuk membebaskan Zunar dengan serta merta agar keyakinan rakyat terhadap keterbukaan kerajaan dalam penerimaan kritikan awam demi penambahbaikan pentadbiran dan pengurusan negara dapat dikekalkan. Sekiranya ditahan maka prosidur penahanan dipatuhi dan hak peguam perlu diberikan kepada Zunar. Sebarang tindakan intimidasi dan tekanan harus dihentikan.
Syed Ibrahim Syed Noh
Naib Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
Naib Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
Kenyataan Media
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
30 Jun 2010 / 17 Rejab 1431
PERBEZAAN PENDAPAT HARUS DITANGANI SECARA ILMIAH BUKAN DENGAN MELABEL
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) memandang serius isu yang dibangkitkan akhir-akhir ini mengenai kaitan di antara apa yang dilabel sebagai fahaman Wahabi dengan kumpulan pengganas serta yang mengaitkan pula beberapa tokoh dan NGO Islam dengannya. Sebagai sebuah organisasi Islam, IKRAM berpegang kepada jalan damai dalam mencapai matlamat dan visi Islam serta melakukan aktiviti mengikut lunas undang-undang yang sah.
IKRAM menganggap perbezaan pandangan dengan kumpulan fahaman Wahabi perlu ditangani menurut adab dan akhlak berbeza pendapat dalam Islam. Perbezaan pendapat harus ditangani dengan bijaksana melalui diskusi dan wacana ilmiah, sebaik-baiknya secara tertutup, dan bukan dengan perantaraan media. Usaha untuk mengaitkan perbezaan pendapat dengan memberi label adalah sesuatu yang tidak sihat, apatah lagi mengaitkan perbezaan ini dengan keganasan. Sebarang dakwaan yang dibuat perlu disokong dengan bukti yang kukuh bagi membolehkan bukti itu dinilai, yang terdakwa mengemukakan hujah balas dan dengan itu penganiayaan dan kezaliman terhindar.
Aktiviti keganasan tidak wajar dikaitkan dengan mana-mana aliran, kerana yang terlibat terdiri daripada pengikut pelbagai aliran. Mereka lahir daripada salah-faham terhadap Islam dan perjuangannya. IKRAM menyarankan pihak polis bertindak secara profesional, tidak memihak dan adil agar kepentingan negara dan setiap orang rakyatnya terjaga.
Umat perlu kembali kepada prinsip perbezaan pendapat, sesuatu yang mengkayakan kita, selagi kita mengamalkannya dengan baik. Semua pihak hendaklah bergerak kehadapan membina negara Malaysia yang harmoni, maju dan makmur serta saling bekerjasama membangun kehidupan masyarakat agar sejahtera dan maju.
Dr. Mohd Parid Sheikh Haji Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
Kementerian Pendidikan kembali meneliti dan bertindak dengan lebih bersungguh-sungguh untuk mencapai hasrat murni Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) ke arah:
“Memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”
“Memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”
Sebarang perubahan kepada sistem pentaksiran sedia ada hendaklah dilakukan hanya setelah kajian terperinci dilakukan. Pengalaman yang lalu di mana perubahan-perubahan yang dilakukan secara tergesa-gesa dan tanpa kajian terperinci telah membawa kesan yang amat buruk kepada sistem pendidikan negara.
Segala keperluan asas dan infrastruktur hendaklah disiapkan dengan sempurna sebelum sebarang perubahan kepada sistem pentaksiran dilakukan.
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
Kenyataan Media
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
20 Jun 2010 / 7 Rejab 1431
PELANCARAN PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM)
Hari ini kita menyaksikan pelancaran satu pertubuhan bukan kerajaan yang baru didaftarkan pada 22 Oktober 2009. Setakat ini IKRAM mempunyai enam puluh sembilan (69) cawangan daerah dan empat belas (14) cawangan negeri. Ahlinya sudah menjangkau tiga ribu lima ratus (3500) orang.
2. Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) adalah sebuah NGO Islam yang komprehensif dan yang berusaha untuk menegakkan Islam di Malaysia. Perlembagaan IKRAM menyebut matlamatnya seperti berikut:
- Menyebarkan risalah Islam melalui dakwah, serta mempertahankannya daripada kebatilan dan syubahat;
- Mengumpulkan hati dan jiwa individu Muslim di atas dasar Islam dan membina akhlak yang mulia;
- Meninggikan taraf sosio-ekonomi umat Islam;
- Memupuk keadilan masyarakat dan kesejahteraan sosial serta membenteras kejahilan, kemiskinan, keruntuhan moral dan menggalakkan kerja kebajikan, tanpa mengira bangsa dan agama;
- Memperjuangkan hak umat Islam dan berusaha meningkatkan kesatuan dan perpaduan di kalangan mereka;
- Menegakkan syariat Islam secara praktikal;
- Mengadakan hubungan dan kerjasama dengan mana-mana pihak dalam memajukan kepentingan umat Islam;
- Bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan yang mempunyai objektif yang selari bagi memajukan kepentingan Islam, umat Islam dan masyarakat.
3. IKRAM menyatukan di dalam satu organisasi, kerja-kerja dakwah yang telah diusahakan oleh ahli di bawah berbagai nama. Dengan tertubuhnya IKRAM kegiatan-kegiatan seperti dakwah kepada yang belum Islam, pendidikan, wanita, remaja, belia, kebajikan, bantuan kemanusiaan, hak asasi manusia dan tadbir urus baik (good governance) akan digabung (consolidate) dan diperteguhkan.
4. IKRAM akan bergerak sebagai organisasi massa dan memilih pendekatan aman dalam mencapai matlamatnya. IKRAM memberi keutamaan kepada pendekatan mendidik dan yakin perubahan masyarakat bermula dengan perubahan diri dari sudut ilmu, kepercayaan (aqidah) dan amal (akhlak). Oleh itu tarbiah dan pembangunan insan mencirikan IKRAM dan menjadi sumbangan utamanya kepada masyarakat.
5. IKRAM akan bersama-sama dengan badan-badan Islam lain untuk memperjuangkan kepentingan Islam dan umat Islam serta bersama-sama dengan seluruh warga masyarakat madani dalam memperjuangkan keadilan dan kesejahteraan masyarakat.
Semoga dengan tertubuhnya IKRAM usaha dakwah ke arah Islam dan perjuangan menegakkan keadilan di Malaysia akan bertambah semarak, insya-Allah.
Dr. Mohd Parid Sheikh Haji Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)