KARNIVAL MESRA [JOM JAGA GIGI]

[SHE] Assalamualaikum w.b.t.
IKRAM Daerah Muar dengan kerjasama Jabatan Pergigian Daerah Muar akan menganjurkan Karnival Mesra bertemakan "Jom Jaga Gigi" bertempat di Perkampungan Orang Asli Tambak Dapur, Pagoh pada 20hb Mei 2012 (Ahad) bermula jam 8.00 pagi hingga jam 4.00 petang. 

Antara aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan ialah:
- Pemeriksaan, ceramah dan pameran pergigian
- Pemeriksaan kesihatan & perkhidmatan farmasi
- Sukaneka kanak-kanak
- Explorace Remaja/Belia

Mohon doa dari semua agar segala urusan dipermudahkanNya
.

IkraMedia Muar