Adakah anda telah berkahwin..? Atau masih bujang..? Jom join Mahligai Kasih..!! Bengkel ini bukan sahaja untuk mereka yang telah berkahwin tetapi terbuka juga bagi yang bujang. Namun yang paing afdhal ialah datang bersama suami isteri. Program Mahligai Kasih ini akan diadakan pada 26 Jun 2011 (Ahad) bertempat di Kompleks Marina, Tanjung Emas, Muar pada pukul 8.00 pagi hingga 1 tengah hari. Bengkel ini dikendalikan oleh seorang pakar motivasi yang tidak asing lagi iaitu En. Ahmad Shafiai Bin Uda Jaafar atau dikenali sebagai Pak Uteh. Bengkel ini merupakan anjuran Jawatankuasa Pembangunan Masyarakat dan Wanita Pertubuhan Ikram Malaysia, Daerah Muar. Jom hadirkan diri (individu atau berpasangan) di bengkel tersebut..!! Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi, tempat adalah terhad…!! Sila hubungi Razin ( 019-6669675 ) untuk maklumat lanjut.. Bertemu di bengkel nanti, Insya Allah…