COUNTDOWN DI MUAR - BINGKISAN MAHARANI (31 Disember 2010)

Alhamdulillah pada malam tahun baru 2011, IKRAM Muar dengan kerjasama Jawatankuasa Pemuda IKRAM Muar dan Jawtankuasa Pembangunan Masyarakat telah mengadakan program menyatuni masyarakat dengan mengedarkan risalah tahun baru 2011. Program ini yang digerakkan oleh para pemuda, remaja putera dan puteri bersama dengan wanita IKRAM Daerah Muar telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya dengan respon orang ramai yang positif. Diharapkan program ini akan menjadi wahana kesedaran masyrakat untuk lebih berakhlak dan kembali bertuhankan yang Maha Esa dalam segenap aspek diri dan keseluruhannya. Insya Allah.

JK Media IKRAM Muar