Program Sunathon Pertubuhan IKRAM Malaysia Daerah Muar


Pada 7 Disember 2010 (Isnin) baru-baru ini, Jawantankuasa Masjid Bukit Kangkar, Ledang telah bekerjasama dengan Pertubuhan IKRAM Malaysia Daerah Muar untuk meraikan adik-adik yang akan berkhatan pada 7 Disember 2010 bertempat di Klinik Kesihatan Sg. Mati.
Program meraikan peserta sunathon telah disempurnakan dan dirasmikan oleh Tuan Pegawai Daerah Ledang. dan bermula dengan perarakan peserta sunat dengan diiringi kompang dan bunga manggar serta persembahan Silat Sendeng.

Seterusnya program ini diserikan pula oleh persembahan Nasyid kanak-kanak dan Upacara Bersiram. YDP IKRAM Muar juga turut berkesempatan menyiram para peserta sunat tersebut.

Bilangan Peserta seramai 19 orang telah hadir diiring ibubapa dan keluarga. Dikendalikan oleh 3 orang Penolong Pegawai Perubatan. Seusai proses berkhatan dijalankan, setiap orang mendapat sebuah beg IKRAM
berisi cenderahati dan kad ucapan tahniah dari IKRAM Muar.

Alhamdulillah...Upacara meraikan peserta sunathon berjalan lancar dan berakhir dengan meriah sekali.

YDP IKRAM Muar juga turut menyampaikan Tazkirah selepas Maghrib.

"Ukhuwwah Teras Kegemilangan"