KARNIVAL AULAD & WANITA (KAWAN) 2010

MUAR, 12 Disember 2010 - Bertempat di Dewan Rumah Anak Yatim, Jalan Petrie, Muar telah berlangsungnya program Karnival Aulad dan Wanita (KAWAN) 2010 yang bermula pada 8.00 pagi hingga pukul 5.00 petang yang julung-julung kalinya dianjurkan oleh Jawatankausa Wanita Pertubuhan IKRAM daerah Muar.
Program yang bertemakan 'Keluarga Dipayung, Kerjaya Dikendong, Syari'at Dijunjung' ini merangkumi ceramah oleh Ustazah Maznah Daud selaku Ketua Wanita IKRAM Pusat dan Puan Rosmawati Zainal (Ummi Rose)-Pengerusi Raudhatul Sakinah.
Selain itu terdapat pelbagai aktiviti menarik untuk aulad (kanak-kanak) seperti explore-kids, hafazan, mewarna dan sebagainya. Terdapat juga untuk acara terbuka seperti pemeriksaan gigi dan kesihatan oleh Dr Abdul Halim, gerai Aqsa Syarif, kaunter guaman dan lain-lain. Tabung palestin juga turut disediakan untuk mengutip sumbangan untuk warga Palestin. Pada sebelah petangnya pula diadakan forum yang dipengerusikan oleh Dr Rosdina denagn panelnya - Ustazah Maznah, Puan Yusnani (RS selangor) dan Dr Wan Fadhilah (SU Wanita IKRAM Johor) dan pelancaran Kelab IKRAM Kids Daerah Muar turut berlangsung dengan persembahan montaj dan gimik perasmian yang menarik.
Sekitar 90 orang hadirin memenuhi dewan mengikuti program wanita manakala 60 orang mengikuti program aulad.
Alhamdulillah program berjalan dengan lancar dan perasmian penutup dirasmikan oleh Pengerusi HELWA daerah Muar, Puan Hajah Rogayah, beserta pelancaran Kelab IKRAM Kids oleh Ustazah Maznah.
Program penutup juga dihadiri oleh wartawan Sinar Harian daerah Muar, saudari Nor Asyikin.
Semoga program yang dianjurkan seumpama ini dapat diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang. Insya Allah.