Mesyuarat Penubuhan Wanita IKRAM Muar [28 April 2012]
Mesyuarat Penubuhan Wanita IKRAM Muar telah diadakan di Pejabat IKRAM Daerah Muar. Untuk melihat foto lengkap sila klik ALBUM.
MESYUARAT AGUNG DAERAH [28 APRIL 2012]
IKRAM Muar telah melaksanakan Mesyuarat Agung Daerah (MAD) kali ke 2 di Pejabat IKRAM Muar pada 28 April 2012. Terima kasih kepada YDP IKRAM Johor, Prof Dr. Arshad Ahmad yang sudi merasmikan MAD tersebut. Untuk melihat foto penuh sila klik ALBUM.
Wacana Keluarga - Sentuhan Kasih Sewangi Raudhah
Program wacana keluarga Sentuhan Kasih Sewangi Wardah ~ Menyantuni REMAJA Generasi Harapan bersama Prof Madya Dr Hjh Harlina Halizah binti Hj Siraj sedang berlangsung di Dewan Perdana Wawasan, PPD Muar. Untuk lihat foto lain sila klik ALBUM.
Majlis Perpisahan Usrah KMJ 2012
Alhamdulillah, satu majlis ringkas anjuran JK IPT telah diadakan pada 11 April 2012 bertempat di Masjid KMJ untuk meraikan adik-adik akhwat KMJ yang bakal menamatkan pengajian di Kolej Matrikulasi Tangkak. Bittaufiq wannajah fil imtihan. Ukhwah itu indah bila bertemu dan berpisah kerana Allah. May this ukhwah everlasting... ameenn...Lihat album di sini.
Aqsa Syarif Muar ke MyGMJ
Aqsa Syarif Daerah Muar telah menghantar rombongan sebuah bas dan sebuah kereta bagi menyertai MyGMJ pada 30 Mac 2012 yang diadakan di Stadium Melawati, Shah Alam. Lihat rakaman peristiwa yang program tersebut di sini.
Karnival Maulidur Rasul 1433H
Karnival Maulidur Rasul 1433H ini telah diadakan pada 11 Februari 2012 (Sabtu) bertempat di Masjid Jamek Al-Amin Bukit Kangkar, Ledang. Karnival ini anjuran bersama Pertubuhan IKRAM Malaysia Daerah Muar dengan kerjasama Masjid Jamek Al-Amin Bukit Kangkar, Ledang. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan antaranya perarakan, pertandingan azan, pertadingan hafazan, pertandingan mewarna, explorace untuk remaja, pameran Palestine, pemeriksaan kesihatan secara percuma, program dari wanita untuk wanita "Madrasah Cinta Khadijah" dan program kemuncak, ceramah Zikra Ar-Rasul bersama Ustaz Dr. Hj. Zaharuddin bin Hj. Abd Rahman.
Ceramah Ust Md Isa di KKTM
YDP IKRAM Batu Pahat, Ustaz Md Isa bin Man telah dijemput menyampaikan ceramah kepada para pelajar Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Ledang pada 6 Januari 2012 yang lalu. Turut hadir ialah para peserta MyKEM Pasca SPM 2011. Sila klik album untuk foto aktiviti.
MyKEM 2012 Pasca SPM
IKRAM Daerah Muar telah diberi amanah mengendalikan program MyKEM Lagenda 2012 Pasca SPM untuk pewaris dan ex-SMIH. Program ini turut disertai oleh beberapa pelajar KKTM dan peserta SUKMA3 dari daerah Muar yang menjadikan jumlah penyertaan sebanyak 43 orang (27 orang ikhwah dan 16 orang akhwat). MyKEM 2012 Pasca SPM ini telah berlangsung pada 6 hingga 8 Januari 2012 bertempat di Taman Hutan Lagenda, Taman Negara Johor, Gunung Ledang. Sila klik album untuk lihat foto aktiviti.
Rehlah IKRAM Muar (Album 1)

IKRAM Daerah Muar telah mengadakan program Rehlah (Perkelahan) pada 6-7 Februari 2012 bertempat di Gn. Lambak Resort, Kluang. Seramai lebih kurang 80 orang telah menyertai Rehlah tersebut yang terdiri daripada semua peringkat usia termasuk kanak-kanak, remaja dan dewasa. Program yang bertujuan mengeratkan ukhuwah di kalangan ahli itu turut disertai pelajar-pelajar IPT dan remaja di sekitar Muar. Pelbagai acara telah dijalankan termasuk perkongsian pengalaman, pengisian rohani, barbeque, treking, mandi-manda dan persembahan keluarga/kumpulan. Sila klik album untuk lihat foto.
Mesyuarat Pelaporan Pencapaian 2011
JK IKRAM Negeri Johor telah mengadakan kunjungan ke Pejabat IKRAM Muar pada 26 Dis 2011 untuk membincangkan pencapaian daerah bagi tahun 2011. Dua IKRAM Daerah telah terlibat iaitu Muar dan Segamat. Semoga tahun 2012 akan melonjakkan lagi aktivisme dakwah & tarbiah di kedua-dua daerah. Sila klik album untuk lihat gambar aktiviti.
Hijrah Wanita
Wanita IKRAM Muar telah diberi peluang mengendalikan program Hijrah Wanita di Masjid Bukit Kangkar pada 23 Disember 2011. Program khusus untuk golongan wanita dan kanak-kanak itu turut dianjurkan bersama Biro Wanita Masjid Bkt Kangkar, Lembaga Kebajikan Islam Bkt Kangkar dan Biro Wanita JKKK. Klik foto..
Khidmat Masyarakat IKRAM Muar
IKRAM Muar dengan kerjasama Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS) dan JKKK Kg Pt. Raja telah mengadakan program Khidmat Masyarakat pada 14-15 Januari 2012. Pelbagai program menarik telah dijalankan antaranya khidmat kesihatan, program keluarga angkat untuk pelajar2 CUCMS, bantuan kepada golongan miskin dan kurang upaya, pameran Palestin oleh team Aqsa Syarif dan pelbagai lagi aktiviti kemasyarakatan. Klik foto.
Sharing Moment
Program perkongsian kejayaan oleh pelajar-pelajar IKRAM di luar negara kepada para peserta di kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah sekitar Muar, anjuran IKRAMteens pada 28 Januari 2012. Klik foto.
SUKMA 3 (SUKses bersaMA)
Assalamualaikum w.b.t.
Istimewa buat adik-adik remaja lepasan SPM 2011
Exam dah habis, jadi...
MERDEKA!!!
Tapi, tak tau nak buat apa...
Rasa risau la pulak nak tunggu result keluar!!!
Aku nak amik course ape ye nanti?
Perubatan???
Undang-undang???
Pertanian??
Senibina???
Ishk, pening la!!!
Rasa tak confident pulak nak buat pilihan!
Macamana nak survive kat IPT ye?
Ngeeee... Tension! Tension!
Okay, jangan pening-pening, jangan tension-tension!
JK Pemuda Pertubuhan IKRAM Malaysia Daerah Muar ada solusi terbaik untuk membantu adik-adik. Jom, jangan lepaskan peluang untuk menyertai program
SUKMA 3 (SUKses bersaMA)
sebuah program yang dirangka khusus untuk para pelajar lepasan SPM sebagai persediaan awal untuk menghadapi alam pembelajaran dan kehidupan yang lebih mencabar. Mereka akan didedahkan dengan tips-tips dan halatuju sebagai seorang pelajar.
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menyertai program SUKMA 3 yang pertama pada
17 Disember 2011 (Sabtu)
pada jam
8.30 pagi hingga 4.30 petang
bertempat di
Kompleks Marina, Tanjung Mas
Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, hubungi kami:
Cikgu Abdul Manaf (SMJJ) 019-7764272
Cikgu Zainuddin Sattar (STMI) 0137858290
Cikgu Faeziah Salleh (SM SAB) 017-6124586
Ustazah Mastura (SM CONVENT) 017-6276175
Cikgu Maslinda (SAMURA) 013-6130477
Cikgu Habsah (SMK Pekan Baru) 016-6256151
Cikgu Abdullah 012-9356623
Kak Fiza 017-7052537
Abg Azam 017-6228528
Abg Long Hanuar Talib 013-7294850
Rancanglah masa depan adik-adik bermula dari sekarang!
"Memburu kejayaan tidak seperti menjamu selera di kedai makan; makan dahulu bayar kemudian. Memburu kejayaan umpama menanam pokok buah-buahan. Tanam, jaga dan nikmati hasilnya kemudian."
Istimewa buat adik-adik remaja lepasan SPM 2011
Exam dah habis, jadi...
MERDEKA!!!
Tapi, tak tau nak buat apa...
Rasa risau la pulak nak tunggu result keluar!!!
Aku nak amik course ape ye nanti?
Perubatan???
Undang-undang???
Pertanian??
Senibina???
Ishk, pening la!!!
Rasa tak confident pulak nak buat pilihan!
Macamana nak survive kat IPT ye?
Ngeeee... Tension! Tension!
Okay, jangan pening-pening, jangan tension-tension!
JK Pemuda Pertubuhan IKRAM Malaysia Daerah Muar ada solusi terbaik untuk membantu adik-adik. Jom, jangan lepaskan peluang untuk menyertai program
SUKMA 3 (SUKses bersaMA)
sebuah program yang dirangka khusus untuk para pelajar lepasan SPM sebagai persediaan awal untuk menghadapi alam pembelajaran dan kehidupan yang lebih mencabar. Mereka akan didedahkan dengan tips-tips dan halatuju sebagai seorang pelajar.
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menyertai program SUKMA 3 yang pertama pada
17 Disember 2011 (Sabtu)
pada jam
8.30 pagi hingga 4.30 petang
bertempat di
Kompleks Marina, Tanjung Mas
Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, hubungi kami:
Cikgu Abdul Manaf (SMJJ) 019-7764272
Cikgu Zainuddin Sattar (STMI) 0137858290
Cikgu Faeziah Salleh (SM SAB) 017-6124586
Ustazah Mastura (SM CONVENT) 017-6276175
Cikgu Maslinda (SAMURA) 013-6130477
Cikgu Habsah (SMK Pekan Baru) 016-6256151
Cikgu Abdullah 012-9356623
Kak Fiza 017-7052537
Abg Azam 017-6228528
Abg Long Hanuar Talib 013-7294850
Rancanglah masa depan adik-adik bermula dari sekarang!
"Memburu kejayaan tidak seperti menjamu selera di kedai makan; makan dahulu bayar kemudian. Memburu kejayaan umpama menanam pokok buah-buahan. Tanam, jaga dan nikmati hasilnya kemudian."
Klik foto.
ISK Xplorace (IPT)
ISK Xplorace telah dianjurkan oleh Unit IPT JK Pemuda IKRAM Muar pada 9-11 Dis 2011. Lebih 30 pelajar IPT di sekitar Muar telah hadir ke program ini. Klik
SUKMA3 dan Majlis meraikan perpindahan Dr.Halim & Dr.Laili
IKRAM Muar telah mengadakan 2 program selari di tempat yang sama pada 17 Disember 2011 iaitu program SUKses bersaMA (SUKMA 3) khusus untuk pelajar2 lepasan SPM & STPM, dan juga majlis meraikan perpindahan pasangan doktor pakar Dr.Abd Halim & Dr.Norlaili. IKRAM Muar mengucapkan setinggi terima kasih kepada mereka di atas segala sumbangan dan pengorbanan yang telah dicurahkan khusus untuk kelangsungan dakwah & tarbiah IKRAM Muar. Semoga Allah merahmati dan melimpahi keluarga ini dengan sebaik-baik ganjaran. Foto Klik.
Kursus Asas Video Editing
IKRAM Muar dgn kerjasama SHE Design telah mengendalikan Kursus Asas Video Editing pada 24 Disember 2011 bertempat di Pejabat JIM Muar. Seramai 11 orang peserta telah menyertai kursus tersebut. Tahniah! Jom klik di sini untuk lihat foto aktiviti...
Team CRS Johor di STMI, Klinik Kesihatan Sg.Mati & SMKA Maahad
Team CRS dari JK Dakwah IKRAM Johor telah membuat perkongsian modul Alquran & Science di Sek Men Tengku Mahmud Iskandar (STMI), Klinik Kesihatan Sg. Mati, dan SMKA Maahad Muar pada 9 Nov 2011.Klik di sini untuk lihat foto..
KBM Kembali di MRSM Muar bersama Team CRS IKRAM Johor
Pecutan terakhir khusus utk pelajar2 SPM MRSM Muar. Semoga sentuhan dpd team CRS pada 10 Nov 2011 ini mampu memberikan sedikit lonjakan motivasi buat mereka. Semoga berjaya dgn cemerlang! Untuk lihat foto aktiviti, sila lihat di sini...
Ihtifal & Sukan Tadika IMAN Muar 2011
Sekitar majlis Hari Penyampaian Sijil dan Sukan Tadika IMAN Cawangan Muar pada 19 Nov 2011. Untuk lihat foto aktiviti sila klik di sini.
Sambutan Eidulfitri Unit IKRAM Ledang 2011
Unit IKRAM Ledang di bawah IKRAM Daerah Muar telah menganjurkan Majlis Sambutan Eidulfitri 1432H di Klinik Kesihatan Sg. Mati, Ledang pada 24 September 2011. Program ini antara lain ialah untuk memperkenalkan ahli-ahli IKRAM di kawasan Ledang kepada masyarakat setempat, dan sebagai mempromosi penubuhan IKRAM Daerah Ledang menjelang 2013/2014 insya Allah. Untuk lihat album, sila klik di sini.
Persembahan Aqsa Syarif Muar di SMA Lughatul Quran
Aqsa Syarif Muar telah mengadakan persembahan pentomen perjuangan rakyat Palestin di SMA Lughatul Quran pada 28 Oktober 2011 yang lalu. Sejumlah pelajar SMA Lughatul Quran telah menghadiri program tersebut dan mendapat respon positif daripada para pelajar. Timbul kesedaran di sanubari mereka setelah melihat persembahan pentomen yang penuh dramatis dengan para dramawan yang begitu menghayati sejarah hitam palestin. Syabas dan tahniah kepada Aqsa Syarif Muar..!! Klik untuk lihat album.
Sambutan Eidulfitri Unit IKRAM Ledang 2011
Unit IKRAM Ledang di bawah IKRAM Daerah Muar telah menganjurkan Majlis Sambutan Eidulfitri 1432H di Klinik Kesihatan Sg. Mati, Ledang pada 24 September 2011. Program ini antara lain ialah untuk memperkenalkan ahli-ahli IKRAM di kawasan Ledang kepada masyarakat setempat, dan sebagai mempromosi penubuhan IKRAM Daerah Ledang menjelang 2013/2014 insya Allah. Klik untuk lihat album.
Subscribe to:
Posts (Atom)






