Alhamdulillah, IKRAM Muar telah mengadakan program tahunan keluarga iaitu Jaulah Ramadhan pada 20-21 Ogos lalu. Dengan tema “Memburu Lailatul Qadar” program tersebut disertai pelbagai peringkat umur termasuk dewasa, remaja dan kanak-kanak dengan menaiki sebuah bas dan 12 buah kenderaan. Lebih meriah lagi program yang diadakan saban tahun untuk kali ke 7 berturut-turut itu juga disertai oleh rakan-rakan yang baru mengenali IKRAM dan mereka sedang disusun di dalam usrah lokaliti. Tahun ini kami masih mengekalkan destinasi iktikaf seperti tahun-tahun lalu iaitu di Masjid UIAM.
Naib Presiden IKRAM, Ust. Wan Subki telah sudi menyampaikan pengisian selepas tarawih, dan pada keesokkannya pula peserta dihidangkan dengan perkongsian oleh Tn.Hj.Aminuddin Hassan yang merupakan penggerak JK Pembangunan Ekonomi IKRAM. Jam 9 pagi kami mengunjungi Sekolah Islam Al-Amin yang merupakan salah satu pusat pendidikan Musleh di bawah IKRAM. Klik untuk lihat album.