Mahligai Kasih 26 Jun 2011

JK Pembangunan Masyarakat IKRAM Muar dengan kerjasama Wanita IKRAM Muar telah menganjurkan program MAHLIGAI KASIH dengan tema 'Suami Memimpin, Isteri Mengurus' pada 26 Jun 2011 bertempat di Kompleks Marina, Tanjung Emas Muar. Program yang dikendalikan oleh perunding pembangunan keluarga Tn. Hj. Ahmad Shafiai Uda Jaafar itu telah dihadiri seramai 25 pasangan suami isteri dan 15 individu dari sekitar Muar, Ledang dan Melaka. Untuk lihat album Mahligai Kasih, sila klik.