MENDERU DI MUAR (2 Mac 2011)


Muar - Suasana di Muar pada 2 Feb 2011. Banjir yang telah melanda di kawasan setempat telah melahirkan misi operasi menDERU ke tempat-tempat yang berikut;
1.Bandar Tangkak,Ledang
2.Teluk Rimba
3. Simpang 5 Darat,Gersik
4. Kg.Jawa Lenga

Terlibat sama dalam aktiviti DERU ialah YDP IKRAM Johor, TYDP IKRAM Johor dan Pengarah DERU IKRAM Johor.

Seperti yang telah dirancang, para sukarelawan dari Pertubuhan IKRAM Malaysia mempersiapkan keperluan menuju ke destinasi. Oleh kerana kawasan yang dilanda banjir tidak dapat dihubungi melalui jalan darat, kami terpaksa menaiki bot untuk menemui mereka di sana. Mudah-mudahan mereka yang ditimpa musibah ini dapat bersabar dengan dugaan ini kerana rumah mereka dipenuhi air hingga hampir mencecah siling rumah.
Tidak ketinggalan, perpustakaan desa yang terletak di Kampung Jawa, Lenga, Muar ini juga ditenggelami air.
Ketibaan kami di tempat-tempat yang dilawati amat dialu-alukan oleh mereka. Kami sempat berbual mesra besama penduduk di situ yang terpaksa tinggal di tempat-tempat penginapan sementara kerana rumah mereka telah dilanda banjir. Kami menemui mereka sambil menghulurkan bantuan yang dibawa. Tidak ketinggalan, para sukarelawan IKRAM dari pasukan perubatan juga bersama-sama menghulurkan bantuan. Mereka memberikan khidmat nasihat disamping ubat-ubatan kepada yang memerlukan.
Pihak IKRAM Muar sempat bertemu dengan Encik Ahmad Tarmizi yang juga berkongsi tempat tinggal sementara bersama-sama dengan penduduk Kampung Jawa lain kerana rumahnya juga dilanda banjir. Beliau baru-baru ini telah menjalani pembedahan dilututnya dan tentu sekali kedatangan banjir ini amat meninggalkan kesan kepadanya.

Sekadar kenang-kenangan, kami sempat mengabadikan usaha murni ini dengan berlatar belakangkan jalan raya yang dipenuhi air. …dan esok akan tiba sebentar lagi, iaitu cabaran untuk mengagihkan kira-kira 3 tan barang-barang keperluan kepada yang memerlukannya.

Semoga amalan diterima oleh Allah S.W.T... Amin!.. Insya Allah.

Saidi Mohamad
JK Media IKRAM Muar