Alhamdulillah program Bicara Tokoh Bersama Hj.Muhammad Nicholas Sylvester Abdullah dengan tajuknya " HIJRAH MENUJU JALAN HIDAYAH" yang diadakan di Perkarangan Masjid Bukit Kangkar yang bermula pada jam 8.30 malam telah berakhir dengan jayanya. Masyarakat setempat dalam kalangan dewasa dan remaja selain daripada warga Ledang dan Muar hadir bagi melengkapi majlis tersebut. Tahniah kepada semua penyelaras daripada IKRAM daerah Muar dan jawatankuasa Masjid Bukit Kangkar yang berganding bahu dalam program bicara tokoh ini yang begitu komitmen dalam memastikan ianya berjaya. Syabas!