Tn Hj Shah Lan selaku pengarah program mewakili IKRAM daerah Muar, bergambar bersama-sama dengan penduduk setempat yang merupakan ajk surau sebagai tanda penyerahan sempena program Qurban yang dilaksanakan.
Penyembelihan yang dilakukan oleh penyembelih yang bertauliah. Semua pihak bekerjasama dalam memastikan proses penyembelihan berjalan lancar.
Tempat kedua program qurban ialah di Surau Rahmaniah..
Satu lagi tempat aktiviti program tersebut ialah di surau Rahmaniah. Kesempatan ini kami ambil untuk berbual mesra dengan Pengerusi & ahli jawatan-kuasa surau Rahmaniah, Parit Sakai, Jalan Temenggung, Muar. Sememangnya, semangat kejiranan dan gotong-rogong masih lagi subur di sini. Keceriaan jelas terbayang di wajah mereka…terutama sekali apabila terlihat anak-anak muda yang turut turun padang bersama-sama menjayakannya.
Bagai serampang dua mata, kami sebenarnya sedang menghulurkan salam silaturrahim bagi memastikan pejabat IKRAM Muar yang akan dibuka tidak berapa jauh dari surau ini akan terserlah sebaik sahaja ianya dibuka tidak beberapa lama lagi.
Tempat ketiga program Qurban ialah di Surau As-Salam..
Dr Halim selaku pertubuhan IKRAM daerah Muar bersalaman dan bergambar dengan Hj Ramli selaku ajk surau As-Salam sebagai tanda penerimaan..
Cikgu Manaf dan penduduk setempat yang berganding bahu menarik kaki lembu supaya tidak terlepas untuk disembelih..
Tempat ke empat program Qurban ialah di Taman Lembah Padang, Muar..
Program Qurban yang ke-4 yang dianjurkan oleh Pertubuhan IKRAM daerah Muar dilaksanakan di Taman Lembah Padang, Jalan Junid, Muar.
Dr Halim bergambar bersama dengan Encik Norhan Ahmari yang mewakili penduduk setempat sebelum lembu dikorbankan..
Hj Rahman (tukang sembelih) sedang membacakan doa’ sebelum menyembelih lembu yang hendak dikorbankan..